16 October 2016

Risau

hari ini genap sekian-sekian kita bersama. Ya, aku bahagia. Adanya kau, adanya jenaka, adanya segalanya tentang kau dalam hidup aku. Terima kasih buat kau, yg sentiasa ada dan sentiasa membahagia.

Cumanya aku risau. Aku takut kau berubah. Aku tahu setiap manusia itu,jika dia mau atau tidak, dia akan tetap berubah. Cuma aku takut kau berubah, dan ketika ubahnya kau,kau sudah tidak lihat aku seperti ketika kita mula-mula bertemu,macam dulu-dulu.

Entahlah.
Aku kini bukannya muda. Tidak seperti dulu. Insan yg sering mnjadi pujaan ramai,pujaan kau.insan yg sering kau kata sentiasa cukup adanya.

Boleh kau janji?
Walau teruk mana kita tidak seperti dahulu, kau, aku, masing-masing masih mau cuba bersama.

Aku harap jawapannya masih iya.
Jika selain iya, aku merajuk.

No comments:

Post a Comment