22 December 2015

Sempurna

saban hari kau kenal aku
kau akan makin kenal aku
belang aku
lagak baik buruk aku

kau boleh kekal d sisi
dan sama2 pimpin tangan
untuk kita sama jadi yg lebih baik
atau kau boleh pergi
dan biarkan aku terkapai dengan buruk aku.

detik itu kau akan ambil keputusan
untuk terus utuh d tepi atau pergi

kau boleh pergi cari yg lebih baik
tp percaya 1 perkara
walau kau cari d pelusuk dunia sekalipun
kau tetap x akan jumpa yg smpurna

kerana sempurna itu d capai bersama
bukan dengan pencarian.

kau siapa?

Kau x perlu jadi manusia lain untuk diterima,
di jaga dan di sayang. 

Jika dia betul ikhlas, dia hadirkan diri.
terima kisah lepasnya kau,
pilih untuk bersama kau,
dan terima baik buruknya kau tanpa mengeluh.

Jika dia rasa kau kurang sempurna,
itu x kena, ini x kena,
kau tanya dia semula.
Kau Siapa?

GAGAL

24 Jam kau berkawan baik dengan keraguan. Sebab apa?
Sebab kau x duduk di bumbung yg sama, x kongsi selimut yg sama.

Ragu itu yg slalu buat cinta itu gagal. Sedang kau tahu kau akan sakit kalau bercinta, tapi kau tetap naik kapal itu. Kapal yg besar sama seperti harapan yg ada d hati kau. Tapi bila kena tolak ombak, kau rasa nak mengalah.

Cinta itu ibarat ombak pasang yang kadang-kadang itu ngeri boleh tenggelamkan kapal. Tapi kalau cinta kau kuat, kau x kisah bina rumah tepi pantai. Biar gempa bumi pecah dua sekalipun.

Cinta itu datang bersebab, kalau tak ada jodoh itu lain cerita. Tapi sekurang2nya kau mesti banyak belajar dari perjalanan.

Perjalanan yg kau bina,
seperti di rumah yang betul2 d tepi pantai.