21 June 2014

WA KENA BABE! ( prank frm boss )

Hari nie hari yg paling malang dalam hidup ku. Fon hilang ntah ke mana. Cer nya bgini,

Balik ja dari lunch, happy2 yg trsangat happy la pokoknya time tgahari td. Time tu fon memang suda lowbat gila ngok2 la suda. Sampai ja ofiz lpas lunch tu, direct la cas fon. cas atas meja ofiz ja dalam engineers room ne. then tiba2 datang sorang kawan ne, c ijat, mau menumpang cas fon jua. jadi dua fon la bcas atas meja ku. " jaga kan fon ku ar anne." padahnya arah ku. then dia kluar la buat krjanya .

Jam 3 tu, c ahlock (boss LA) mnyuruh datang ke rumahnya ada makan2 bbq. pg la kami ne ramai2. dua2 fon dibiarkan atas meja bcas. sambil2 makan tu main2 sama anak logistic, bikin geram joo badannya.. macam sumo. punya kiut.. makan punya makan, tiba2 c ijat kol tmpt technician kami c khaerul (aku kan x bawa fon) mncari aku. aku sambut la kol tu, dia tanya " ko bawa ka fon ku?"  aku jawab " behapa ku bawa fon mu sedangkan fon ku bcas atas meja tu jua". Truz la dia cakap hilang, dua2 tiada atas meja. aku pn nda pcaya, coz stahu ku slama ku biar2 fon atas meja ku tda pla isu hilang. ku mati2 ingat dia main2 sama aku pasal fon hilang sampai aku suruh ea bsumpah atas nama parents nya. hahah jahatnya aku. jam tu juga, aku terus bawa yg lain balik ofiz. 


Sampai ja ofiz, truz jumpa drg ijat, semua pun sibuk mncari fon kami yg hilang tu. sgala kekusutan keluar. sampai kol sana sini bertanya siapa paling last dalam engineer room. memang lucu la kalau ingat balik, macam2 d pkiran kluar. dgn aku lagi yg semua benda belum log out. seolah2 itu la nafas trakhir mu. mau mnangiz aku d buatnya.. slama sejam kami buntu. sgala cctv la mau d tgk, balik2 kol fon masing2 kena off suda. sah2 kna curi la bilangnya  trutamanya c ijat. hahahaha


Tiba2 boss datang masuk ofiz. kami bgtau la fon hilang. dengan selamba dia cakap " bagi aku semangkuk maggi dlu, aku tulung kamu cari pakai mangkuk" truz kami pn tmbah kusut. main2 lagi c boss ne. dengan selamba dia kluar dari ofiznya, d tangannya ada dua2 fon tu. fuhhh... Tuhan ja tau leganya kami dua time tu.. truz ea ktawa2 brabiz ne. aku pula yg mau mnangiz balik. hahah. truz dia cakap la " ani pengajaran buat kamu dua. Lain kali jangan ampai2 hp kalau bjalan biar skjp"


Awu la boss.. trima kasih suda buat kami " june fool" . lpas ne fon gantung leher ja la.. hahaha.. kusut la ari ne. ada lucu, ada jua bri mnangiz, bri marah macam2 la. syukur la nak. fuhhhh..

14 June 2014

Love Story ( Part 3 )

Part 3

Hujan rintik menjadi tatapan mata. Seluruh alam bersorak riang. Hujan tandanya rahmat dari-Nya. Tangan kanan yang kugenggam bersama payung, aku alihkan ke kiri. Aku tutup payung tersebut dan punggungku labuhkan di bangku. Aku berkalih menunduk melihat baju di tubuhku. Basah! Lambat-lambat, bibirku menguntum senyuman kecil.
'Hujan lagi?' detik hati kecil ini.
Aku mendongak ke langit pula. Mujur aku dapat berteduh di pondok kecil ini, kalau tidak mahu seluruh tubuhku basah kuyup. Badan pun dah terasa sejuk semacam dan...
Hachumm!!
"Alamak...tak lama lagi selsemalah ni. Macam mana nak balik?"
Aku ketuk kepala sendiri. Itulah padahnya kalau berdegil. Kan sendiri dah kena. Aku kutuk diri sendiri. Menyesal juga tak dengar cakap Bilah tadi. Orang dah offer nak tumpang, tapi aku tetap nak naik bas. Ni semua gara-gara 'Jae Suk'! Jae Suk gelaran bagi kereta vivaku sekarang terpaksa dihantar ke bengkel untuk servis. Sekarang, nilah jadinya. Degil!
"Erfina Alya, kenapalah kau ni degil sangat? Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Keras kepala betul! Sebab tulah..." ayatku terhenti seketika. Mataku mula merasa kabur.
Ya Allah, kenapa aku boleh teringat akan dia? Kenapa baru hari ini kenangan lalu sering menjengah mimpi-mimpi malamku? Ya Allah, cukuplah Erfina...Tak perlulah kau ingat pada si dia. 
Sudah 5 tahun berlalu, kenapa baru sekarang bayangannya hadir kembali? Sejurus itu, laju saja air mataku jatuh ke pipi. Sebak bila teringat pada dia yang kupanggil Zuhairil.
Aku seka air mata dengan segera. Keluhan terluah jua.
"Tak guna fikir pasal dia lagi. Dia dah lenyap dalam hidup aku," aku berjeda sendiri. Mataku terpaku pada seorang gadis yang berteduh di bawah pokok tidak jauh dari pondok ini. Kemudian, mataku beralih memandang seorang jejaka yang menghampiri gadis tadi bersama payung di tangan. Selepas itu, kedua-duanya meredah hujan bersama di bawah payung yang sama. Sekali lagi, kenangan bersama Zuhairil menerjah mindaku.
"LAMBATnya dia bersiap," ujar Zuhairil tatkala dia menghampiriku. Suasana masjid Putrajaya kelihatan tenang walaupun hujan lebat di luar. Mataku menangkap sekaki payung yang dibawanya. Sejurus itu, satu senyuman manis aku hadiahkan pada dia.
"Mana ada lambat. Biasa je,"
Sesudah bersolat sebentar di Masjid Putrajaya, kami merancang untuk kembali ke rumah.
"Jom... hujan dah makin lebat ni. Kita balik sekarang."
"Bawa satu payung je?" soalku sebelum kami melangkah pergi.
"Sayang, kat dalam kereta saya hanya ada satu payung je. Tak apa, kita share," Lalu kami berlalu ke parkir bersama-sama. Mujur ada payung, kalau tidak pasti kedua-duanya basah kuyup.
JATUH lagi mutiara jernih ini bila mengingat kembali adengan dulu. Kali ini, aku biarkan saja mutiara-mutiara putih itu menggelongsori pipiku.
"Apa khabar dia sekarang? Kenapa hati ini tiba-tiba rasa rindu pula pada dia?" Aku terpempan, lantas menekup mulut sendiri. Apa yang aku rasa sekarang? Rindu? Patut ke rasa rindu itu hadir tatkala hubungan tersebut sudah terputus lama? Aku melepaskan keluh berat sekali lagi.
"IBU tahu kamu tak suka. Tapi kamu dah janji yang kamu akan turutkan permintaan ibu kalau sudah kamu mencapai umur 28 tahun dan tidak punya sesiapa, kamu akan terima pilihan ibu," Ibu mengingati kembali kata janji yang pernah aku lafazkan dulu. Aku menunduk sahaja. Tangan pula tidak berhenti mengupas kulit bawang. Mata aku pun dah mula nak berair dan turunlah air mata tanpa paksaan.
"Kamu dengar tak kata ibu ni?"
"Dengar. Fin tahu apa yang Fin patut buat, bu. Kalau Fin dah janji, maksudnya Fin akan tunaikan janji tu. Janji tetap janji," 
Ibu mengangguk berpuas hati.
"Kalau macam tu, minggu depan ibu akan siapkan mana-mana keperluan untuk majlis tu."
"Ikut suka ibulah. Fin ikut je,"
"Kamu tak nak jumpa menantu pilihan ibu tu ke?" Tanganku berhenti mengupas. Dengan nafas berat, aku hembuskan perlahan. Aku menatap wajah ibu dengan mata yang kembali kabur. Empangan mataku kini pecah jua. Ibu memandang wajahku dengan selamba. Pasti saja di fikirannya, mataku menangis gara-gara bawang tadi. Namun hakikatnya, hati ini yang mula merintih enggan menerima perkahwinan yang ditetapkan ini walau sudah lama aku suarakan janji tersebut.
"Ibu, kalau umur Fin sampai 28 tahun dan Fin tak bersama dengan sesiapapun, Fin akan ikut kata ibu, kahwin dengan pilihan ibu. Fin janji!" Itulah kata yang pernah aku ungkapkan. Seringkali ibu bertanya tentang teman lelakiku. Namun, aku tetap keseorangan setelah memutuskan hubungan dengan Zuhairil. Ah! Nama itu lagi. Tak pernah padam pun nama itu dalam hati ini. Ya Allah, semoga aku tabah melalui dugaan ini.
Aku menggeleng lemah dan kembali mengupas bawang. Aku seka air mata dengan lengan baju.
"Tak perlulah ibu. Fin tak nak nanti, Fin berubah hati pula. Jadi, ibu siapkan saja semua persiapannya. Fin hanya akan duduk atas pelamin, dan tunggu saja akad nikahnya nanti. Masa tu barulah Fin tatap muka bakal menantu ibu tu." Aku letakkan bawang yang sudah siap dikupas dan aku bawa ke sinki untuk dicuci. Setelah itu, aku biarkan saja bawang-bawang tadi di atas meja dan kakiku laju melangkah masuk ke bilik. Aku menutup pintu bilik dengan perlahan dan tubuhku sandar pada daun pintu. Perlahan-lahan, tubuhku rebah duduk di lantai. Aku menyebam muka pada lutut dan menangis semahunya.
"PENGANTIN lelaki dah sampai!"
Aku tersentak tatkala suara itu menerjah cuping telingaku. Aku pandang sekeliling. Wajah-wajah saudara-maraku tampak begitu bahagia dan gembira. Tetapi, aku? Aku tilik wajah sendiri pada cermin. Mak andam pun berpuas hati dengan kerjanya.
"Cun! Macam artis korea! Cantik pengantin perempuan ni," Mak Zara memujiku.
Aku hanya mampu tersenyum kecil.
"Terima kasih Mak Zara," ucapku dengan ikhlas.
"Ni, Mak Zara nak tanya," soal Mak Zara sesudah siap mengemas alat-alat make-upnya.
"Fin memang tak pernah jumpa dengan pengantin lelaki ke?" Aku tertunduk mendengar persoalan Mak Zara. Lambat-lambat, aku menggeleng.
"Sebab tulah tak ada majlis bertunang. Terus menikahnya, ya?" Sekali lagi persoalan itu aku jawab tanpa bersuara. Aku mengangguk sahaja.
"Kalau macam tu, baguslah. Tak perlulah nak lambat-lambatkan benda yang elok. Kahwin terus! Lepas kahwin, barulah dapat berkenalan dengan suami. Masa tu, tak ada haram-haramnya dah. Boleh get set go!" Usik Mak Zara membuatkan bilik pengantin riuh sahaja.
"Fin, dah boleh keluar dah. Pengantin lelaki dah ada kat luar tu." 
Dadaku berdegup pantas. Lemah lutut ini tatkala ibu menjengah masuk ke kamarku.
'Aku dah nak jadi isteri orang lepas ni? Macam tak percaya je!'
Dengan langkah perlahan, aku menuju ke luar bilik dan duduk pada persinggahan yang disediakan. Menunggu saat diri ini bergelar isteri orang, benar-benar buat hati ini gementar. Lebih-lebih lagi, aku akan bernikah pada orang yang aku tak pernah jumpa dan kenal. Ya Allah! Betul ke apa yang aku buat ni? Sempat tak kalau aku lari dari sini?
"Fin, ibu harap Fin bahagia dengan pilihan ibu nak. Ibu tahu dialah yang terbaik untuk Fin. Sungguh!" Suara ibu kedengaran begitu sayup sekali. Entah dengar entahkan tidak. Aku biarkan suara ibu berlalu begitu saja. Wajahku pula kutunduk saja dari tadi.
"Sah? Sah!" 
Aku tersentak dan kepalaku panggung ke hadapan. Pantas sekali air mataku jatuh ke pipi dan mulutku melopong luas melihat wajah yang terpampang di depanku sekarang.
Gugup...memang aku tengah gugup. Seraut wajah itu kini kembali menghantuiku dan sekarang bukan jadi bayangan semata-mata.
Lelaki itu mendekatkan bibirnya pada telingaku. Dadaku bergetar hebat. Perasaanku bercelaru sekarang.
"Aku takkan pernah lepaskan kau begitu saja. Kau tahukan janji aku dulu?" Ujarnya sinis. Bibirnya menjauh dan dia menguntum senyuman penuh makna. Aku menelan liur. Kelat!
"Selamat menjadi pengantin buat Zuhairil Zainurdin, Puan Erfina Alya," Ucapnya bersama senyuman di bibir. Mataku terbuntang luas. Tidak kusangka, dialah lelaki yang dijodohkanoleh ibu untukku.

bersambung...

12 June 2014

Love Story ( Part 2 )

Part 2

Walau lama menanam benih cinta, tapi adakah hatikan sentiasa bahagia? Layanan mesra di awal perkenalan, membuahkan satu perasaan aneh yang hadir serta-merta. Betulkah ini cinta? Aku meragui hati sendiri. Tidak! Tak mungkin ini cinta sedangkan hatiku dulu pernah terluka kerana cinta. Malah, menyerahkan segala hati ini pada seorang lelaki yang belum tentu hak milikku. Aku perasan akan renungan lain daripada lain pada lirik matanya. Aku segan ditatap sebegitu. Tetapi, mengapa hati rasa bahagia? Aku buat-buat tak tahu.
Bila terasa diri ini diperhati sahaja, lantas, mataku melirik ke sebelah. Aku tergamam. Bibirnya sudah menguntum senyuman yang indah dari rupanya sebenar. Jejaka ini bukanlah pilihan hatiku. Rupa juga hanya biasa-biasa. Tetapi, pada raut mukanya, ada saja yang pasti terpikat kerana ada sesuatu yang istimewa pada dirinya. Sukar untu ditafsirkan. Sememangnya, ada saja gadis yang pasti jatuh cinta padanya.
Aku membalas kembali renungan matanya.
"Kenapa pandang aku macam tu?" Bibirnya masih tetap menguntum senyuman manis. Sedari itu, dia menunduk dan menggeleng. Tatkala kepalanya dipanggung menghadapku, sebaris senyuman terlayar di mataku.
Aku jadi terkedu tatkala jari telunjuknya menolak sedikit dahiku. Tiada hatiku merasakan marah, malah aku membiarkan saja dia berbuat sedemikian. Kenapa ya? Aku jadi malu. Tanganku menyentuh dahi yang sudah disentuhnya tadi. Ada perasaan hangat yang hadir di hati. Apa sebenarnya yang aku alami ini? Perasaan hangat, tenang bila bersama dengannya.
"Khusyuknya dia..." Itu saja bicaranya. Aku hanya mencebik dan kembali menatap skrin pangggung. Persoalan yang menerjah benak semakin mengasak hati.
Perkenalan kami baru saja dua bulan. Tetapi, entah mengapa aku seakan-akan berasa begitu rapat dengannya. Aku selesa berdamping dengannya.
Kami keluar dari panggung wayang dan mengikut sahaja langkah yang lain.
Teringat akan sentuhan pertama darinya pada dahiku. Aku jadi tak keruan. Bibir kaku bila ingin berkata. Tekak seolah-olah menyekat suara dari bersuara. Aku pandang dia, begitu juga dengan dia. Mata kami bertaut lama. Aku alih pandangan dan ternyata hari sudah gelap. Aku menilik jam di tangan. Jam sudah menandakan pukul 8.30 malam. Aku jadi serba salah.
Hati rasa ingin terus berlama di situ. Tetapi, keadaan yang tidak mengizinkan.
"Dah lewat dah ni. Aku kena balik ke rumah mak cik aku. Takut pula masuk rumah orang lewat sangat,"
Adab menumpang di rumah orang. Kenalah kita turuti. Tidak mahu menjadi beban si pemilik rumah, perasaan aku ketepikan dahulu.
"Kalau macam tu, kita baliklah. Kesian mak cik kau tunggu kau balik nanti," ujarnya seperti memahami kehendakku.
Aku renung wajahnya yang nampak telus itu. Sesungguhnya, hati ini kian memberontak ingin bersamanya lagi. Ah! Kenapa dengan hati aku ni?
Kami melangkah ingin ke parkir kereta. Sepanjang perjalanan, kami berborak kosong. Soal-menyoal tentang kisah hidup masing-masing. Ingin saling mengenali antara satu sama lain. Ada juga diselitkan gelak tawa yang hanya kami sahaja fahami. Sungguh selesa bersamanya. Kalau bisa, aku ingin membuat temu janji bersamanya sekali lagi. Temu janji? Adakah ini dikatakan temu janji? Atau cuma satu pertemuan yang diungkap bagi melepaskan stress setelah lama meluangkan sepenuh masa bersama buku-buku untuk menghadapi peperiksaan?
Jejak langkah kami seiring menuju ke tempat parkir. Aku jadi hairan. Setelah membayar tiket parkir, kami kembali melangkah ingin menuju ke kereta masing-masing. Langkah yang diatur jadi terhenti, begitu juga dengannya.
"Kau parking kat mana?" Soalku ingin tahu.
"Kau pula letak kereta kat mana?"
"Aras nilah," aku menjawab. Dia tersenyum.
"Samalah kita,"
Aku mengangguk dan membalas senyumannya. Sekembalinya melangkah, gerak kakinya masih lagi mengikutiku. Aku jadi hairan kembali.
"Kenapa kau ikut aku? Kau stalk aku ek?" Aku cuba bergurau dengannya.
"Eh! Entah-entah, kau yang stalk aku tak?"
Aku berhenti di tepi keretaku dan aku terkejut melihat si dia yang berdiri di sebuah kereta yang berdepan denganku. Itu kereta diakah?
"Tu...tu kereta kau ke?" Jariku menunjuk pada kereta kelisa yang berwarna kelabu itu.
"Iyelah... Kaukan pernah naik kereta aku sekali. Kau tak ingat ke?" Aku diam seketika. Ya. Benar aku pernah naik keretanya. Tetapi, tidakku ingat nombor plat kereta tersebut. Yang aku tahu cumalah kereta kelisa. Aku tunduk malu. Sememangnya, aku tidak peka dengan sekeliling apatah lagi mengenai nombor plat keretanya.
"Alah...aku pernah naik sekali je kot..." Aku cuba mempertahankan diri. Sebenarnya malu jugak bila ditegur sebegitu. Dia terasakah?
"Okeylah. Bawa kereta tu baik-baik tau. Dah sampai ke rumah mak cik kau, bagitahulah." Pesannya sebelum membolos diri ke dalam kereta. Aku mengangguk sahaja dan melambai ke arahnya.
Aku menghidupkan enjin dan juga penghawa dingin. Masih belum beredar dari situ. Dia juga masih ada di situ. Aku kembali melambai ke arahnya. Mengingati pesanannya tadi, aku jadi terharu. Pesanan dari seorang kawan sahaja. Tetapi, kenapa begitu membuat hatiku tersentuh?
Kereta kami berpisah dan masing-masing membawa haluan sendiri. Pertemuan yang diakhiri dengan perpisahan yang mengambil masa 3 bulan. Adakah perkenalan ini akan jadi lebih rapat selepas ini? Atau hanya terhenti dipertengahan sahaja? Entahlah...
LANGKAH kakiku lemah sukar untuk mendaki anak tangga lagi. Serasaku ingin rebah sahaja. Aku tunduk menekur lantai. Satu kenangan yang sukar untuk aku lupakan. Adakah aku akan membuat keputusan yang terbaik buatku nanti?
Benar orang kata, indahnya satu perkenalan tetapi sukarnya untuk kita kekalkan setelah tahu khabarnya. Dadaku bagai dipalu derita. Mengapa tidak aku kembali seperti dahulu dengannya? Kalaulah masa bisa diputarkan kembali. Aku mahu memulakannya semula. Persengketaan ini harus dihentikan. Satu keputusan harus ditemeteraikan. Demi kebaikan masing-masing.
"Aku...harus terus melangkah dan..." setitis air mata yang jatuh ke pipi, rasanya lagi mengerti akan duka yang kualami.
Indahnya kenangan lalu, dari terus mengalami satu kedukaan dinihari. Walau hati sukar untuk menerima, tetapi sesungguhnya aku tak ingin terluka dan terus terluka lagi.