09 August 2014

HARAP-HARAP OK

Kita bertengkar soal yang remeh sahaja
Kita bertelagah soal yang mudah sahaja

Tentang lambat membalas sms
tentang tidak kata i love you di hujung panggilan
tentang cara bercakap dah tak macam selalu

Kita mula ungkit siapa yang lebih banyak berkorban
Siapa yang lebih cinta siapa
Siapa yang sudah mula berubah

Tiada apa-apa
sebenarnya kita ok2 sahaja
Cuma kita rindu sesama kita

Tak apa, nanti kita jumpa.

29 July 2014

CINTA TAK BERSYARAT

Tak ada sedikitpun sesalku
Tak bertahan dengan setiaku
Walau di akhir jalan
Ku harus melepaskan dirimu
Ternyata  mampu kau melihat
Dalamnya cintaku yg hebat
Hingga ada alasan bagimu
Tuk tinggalkan setiamu
Demi nama cinta
Telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
Tlah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku

Kerna demi cinta
Telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
Sebab kumengerti cinta itu tak mesti memiliki
Andai saja bisa kau pahami
Layaknya arti kasih sejati
Karna cinta yg sungguh
Tiada akan pernah mungkin bersyarat


19 July 2014

Biarlah..

Mencuba meraih yang tak diraih
Menahan perih dalam penantian panjang ini
Aku, kau dan dirinya mungkin akan terluka
Terluka kerana kau dan aku
dalam jalinan asmara tersembunyi…
Sampai bila kebodohan ini akan terus berjalan?
Mungkinkah seumur hidupku?
Atau haruskah ku akhiri kisah pahit ini?
Sebab tak dapat ku hindari
rasa sakit di  hati saat merindumu,
mungkin saja kau di sana sedang bermesra dengannya…

Dan betapa bodohnya aku
saat aku merasa hampa
kala tak ku dengar suaramu…
Hendak ku berpaling,
namun hati enggan beranjak
Hendak meninggalkan,
namun jiwa terasa hampa tanpamu.
Denganmu ku temukan duniaku…
Denganmu ku rasakan indahnya cinta…

Mungkin sudah suratan takdir,
untuk aku dan kau merasa kasih sayang
biarlah ku menikmati semua ini
seperti air yang mengalir awan yang bergerak..

Biarlah waktu yang menjawab semuanya.

07 July 2014

Love Story ( Part 4 )

Aku mengetap bibir setelah mendengar khabar dari jejaka di depanku. Adakah benar apa yang diceritakannya itu? Atau itu semua dusta? Entahlah.
"Kau takkan kenal dia sepertimana kawan dia kenal dia. Jadi, kenapa kau tak tanya kat kawan dia bagaimana diri dia tu sebenarnya. Aku tak nak kau menyesal kalau kau salah pilih, Fin," itulah saranan yang Bilah perkatakan kepadaku. Dan kerana itulah aku mencari salah seorang daripada rakan Zuhairil, ingin mengenali diri Zuhairil sebenar. Dek melihat aku yang sering kali bersedih gara-gara layanan dingin dari Zuhairil, Bilah menyusul idea tersebut dan tanpa kusangka, berita yang mengecewakan aku pula kudengar.

"Aku bagitahu kau ni pun sebab kau dah putus dengan dia. Aku dah kenal lama dengan Zuhairil tu. Banyak orang tahu yang dia tu kaki perempuan!" ujar Mok padaku. Dadaku terasa begitu sesak sekali. Jadi, selama ini adakah aku dipermainkan olehnya? Adakah sepanjang kami bersama, semuanya hanya pura-pura sahaja?

"Aku tak tahulah apa yang kau suka sangat kat lelaki tu. Tapi, memanglah... Dia tu anak orang kaya. Anak doktorlah katakan. Sebab duit, dia boleh bawak anak dara orang ke hulu ke hilir. Sukahati dia ajelah." Sekali lagi Mok membongkar kisah Zuhairil.

"Kau tak tahu berapa ramai perempuan yang dia dah keluar bersama. Hmph! Korang semua ni buta agaknya. Apalah yang disogoknya kat korang, ya?" Hampir saja aku melopong mendengar kata sindir dari Mok. Aku pula... Hendak percaya atau tidak, aku pun tidak tahu. Fikiranku bercelaru. Tetapi, bukankah Zuhairil menyatakan dia benar-benar cinta padaku? Dulu juga dia pernah cerita kepadaku tentang skandel dia. Tetapi, tidak pula dia memberitahu secara terperinci sebagaimana apa yang diceritakan oleh Mok tadi
.
"Kau tahu tak, sampai ada sorang minah ni, sanggup datang jenguk dia guna motorsikal semata-mata sebab dia dengar yang Zuhairil tu demam. Fuh! Gila cinta minah tu kat dia! Dan setahu akulah, aku dengar dia putus dengan minah tu bila dia jumpa kau,"

Aku terpempan mendengar satu lagi kisah tentang lelaki bernama Zuhairil ini. Mahu saja air mataku menitis di depan Mok. Tetapi, aku cuba bertahan, tidak mahu dikatakan aku perempuan lemah di depan lelaki yang kurang aku kenali ini.
Mok tersengih sinis. "Mujurlah kau dah putus dengan dia. Tak guna kau kapel dengan lelaki player macam tu. Nak kata hensem, tak juga. Tapi, semuanya sebab dia ada ni..." Mok menunjuk isyarat tangan yang juga bermaksud lelaki itu ada satu kelebihan, iaitu wang! Aku menunduk dan merenung jauh.

"Tapi, macam mana kalau Zuhairil tu betul-betul suka kat Fin? Dan sebenarnya, si Zuhairil tu berubah," tiba-tiba Bilah bersuara di sebelah. Mok menjeling Bilah dengan sinis, diikuti dengan tawa kecilnya.

"Kalau dah ramai mangsa dia dah terkena, berubah ke tu? Kau jangan hairanlah kalau nanti, dalam beberapa bulan lepas tu, dia dah ada spare part baru. Kau tengoklah nanti. Fin ni dah jadi macam minah yang lain juga. Kesian kau, Fin,"
Sungguh aku tidak menyangka begitulah rupa sebenar Zuhairil. Sampai hatinya dia mempermainkan hatiku.  Sampai hati dia jadikan aku sebagai mangsa seterusnya. Kenapa dia sanggup buat aku macam ni? Kenapa?
"Kalau betullah dia sayang kat kau, Fin...Dia takkan tengking-tengking kau kat dalam phone sampai kawan dia pun boleh dengar. Betul tak?" duga Mok pula. Aku renung wajah Mok dan berakhir dengan satu anggukan. Aku jeling wajah Bilah di sebelah. Nampak seperti Bilah tengah berfikir. Sudahnya, kami berdua hanya mampu berdiam sahaja.
AKU tatap wajahku pada cermin. Nampak sunggul walau sudah bergelar isteri orang. Selalunya, apabila menjadi ratu sehari, wajah pengantin pasti berseri-seri. Tapi, aku? Jelas sekali wajahku nampak muram, hilang serinya. Kenapa? Semua gara-gara kejutan yang tak pernah kusangka akan terjadi dalam hidup aku ni. Sungguh! Tiada kusangka dialah lelaki yang menjadi teman hidupku sekarang. Ibu kata dialah yang terbaik untukku. Benarkah?
Tudung masih melekap di kepala, baju pengantin pun masih belum dibuka. Aku betul-betul terkejut dengan apa yang terjadi pada hari ini. Aku kahwin dengan bekas kekasih aku sendiri! Tapi, sejak bila pula ibu berjumpa dengan dia? Kenapa ibu menyatakan dialah yang terbaik buatku sedangkan ibu tahu apa yang terjadi pada kami berdua? Ah! Sesak! Sesak!
"Kau tak perlulah dramatik sangat," Aku tersentak tatkala ada suara yang menegur secara tiba-tiba. Pantas saja tangan yang kuletak di kepala turun ke bawah. Gelengan yang entah ke berapa kali pun terhenti dan mata pula ku alih tidak mahu menatap wajahnya.
'Dramatik sangat ke tadi? Alamak! Malunya...'
Aku beranikan diri memandang wajahnya. Sekilas pandang sahaja. Sempat aku menangkap senyumannya yang seperti menyindirku. Aku mendengus halus.
"Kau tak pernah berubah pun dari dulu. Masih banyak dramanya. Of course you should be nominated as a drama queen. Dan sah-sah kaulah pemenangnya," di hujung ayatnya, kedengaran tawa kecil. Aku mengetap bibir geram. Dan kau pula sama seperti dulu. Masih suka nak menyindir aku tanpa fikir perasaan aku ni. Mahu saja aku luahkan kata-kata itu. Geram betul dengan perangai berlagak lelaki sorang ni. Apesallah aku boleh jatuh cinta dengan dia dulu ya? Pelik betul!
Dia menghampiriku dan berdiri bertentangan denganku. Aku menoleh ke arah lain. Malas dan meluat dengan dia.
"Masamnya muka. Dah jadi bini aku, kau patut rasa bangga tau?" Mendengar saja kata itu, aku terus pandang wajahnya tajam. Namun, aku terpempan tatkala wajahnya begitu hampir dengan wajahku. Mahu juling mata aku ni bila tatap mukanya sekarang. Memang dekat gila! Aku undur sedikit untuk menjauh.
"Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau ke?" aku akhirnya bersuara juga.
"Bukan ke kau dulu pernah kata yang kau nak sangat kahwin dengan aku?"
"Itu masa sebelum kita putus!"
"Dan tahniah sekali lagi sebab impian kau dah pun jadi kenyataan,"
Aku melopong luas. Dan perangai dia yang satu ni memang langsung tak pernah berubah pun. Perasan tahap gaban!
Aku mendengus kecil dan aku alihkan pandangan ke tempat lain. Serius aku menyampah dan meluat. Tapi, kenapa dalam beberapa hari sebelum ni aku ada rasa rindu padanya? Eh! Rindu? Bila dah berhadapan dengan orangnya, rasa rindu tu dah tak ada makna dah. Makin bertambah menyampah adalah.
"Suka hati kaulah. Perasan nak mampus. Dahlah, aku nak pergi mandi. Boleh tak ke tepi sikit?" Zuhairil masih tunduk dan menghalang laluanku. Aku mendecit marah.
"Ish! Tak reti bahasa ke?"
"Kenapa kau tak tanya aku bagaimana aku boleh jadi suami kau?" soal Zuhairil yang masih tidak mahu bergerak dari tempatnya. Aku kembali merenung wajahnya. Persoalan itu? Aku rasa tak perlu aku tanya padanya sedangkan persoalan itu perlu aku soal pada ibu. Kenapa ibu boleh bersetuju untuk membiarkan lelaki ini menjadi suamiku?
"Aku tak ada masa nak bersoal jawab dengan kau. Yang pastinya, macam yang kau cakap masa awal-awal tadi. Kau tetap nak tunaikan janji kau tu dan aku sendiri pernah cakap dengan kau. Sekiranya betul kita ada jodoh, kita akan kahwin juga nanti."
Ya! Memang aku pernah berkata begitu dan aku tak pernah lupa pun. Setelah seminggu memutuskan hubungan dengannya, Zuhairil menghubungiku kembali.
"APA lagi yang kau nak haa? Kitakan dah putus!" ujarku dengan suara tegas.
"Aku rasa ada orang yang merosakkan hubungan kita. Aku rasa ada orang ketiga yang buat kita jadi macam ni,"
"Tak ada orang ketiga, Ril! Semuanya sebab apa yang kau buat, bagaimana kau layan aku tak sama dengan apa yang kau luahkan kat aku!" Hampir saja suaraku menjerit. Apa lagi yang dia hendak daripada aku? 
"Aku dapat rasa ada orang yang hasut kau. Aku tahu. Firasat aku kuat!" Zuhairil masih mahu menegakkan pendiriannya. Aku mengetap bibir. Apa yang perlu katakan lagi? Zuhairil memang sentiasa benar dalam bab-bab 'predict'. Firasat dia tu kuat! Tapi, aku tak boleh beritahu hal sebenar. Aku sudah berjanji dengan Mok. Apabila aku dan Zuhairil sudah putus, Mok berjanji akan menceritakan segalanya tentang Zuhairil dan pulangannya, aku kena berjanji untuk tidak memberitahu sesiapapun tentang pertemuan kami.
"Kalau macam tu, aku nak kau pulangkan balik patung pemberian aku tu," aku tersentak. Mataku pantas beralih melihat patung beruang yang berwarna coklat yang duduk di atas tilamku. Mataku mula berair. Perlu ke sampai begitu sekali dia ingin memutuskan hubungan ini? Kalaupun kami sudah putus, aku masih mahu kenangan bersamanya kekal di sisiku. Patung beruang yang dihadiahkan oleh Zuhairil setelah kami menjadi pasangan kekasih menjadi peneman tidurku sampai ke hari ini dan sekarang, tuannya inginkan patung tersebut kembali. Ya Allah, aku tak sanggup melepaskan kenangan ini. Kenapa dia mesti ambil Encik Bow?
"Kalau kau nak balik barang kau ni, kau ambil sendiri." jawabku dengan nada hambar.
"Fine! Aku datang sekarang,"
Dalam beberapa minit kemudian, aku mendapat mesej darinya. Dia sudah datang! Aku ambil Encik Bow dan aku peluk patung beruang tersebut dengan erat. Aku ambil telefon bimbitku dan aku tangkap gambarnya buat kali terakhir.
"Sudah tiba masanya kau pulang di sisi tuan kau," ujarku seorang diri. Menitik juga air mataku melihat Encik Bow. Tali lehernya aku betulkan dan aku usap patung tersebut.
Perlahan-lahan aku kendong anak patung tersebut dan menghampiri kereta milik Zuhairil. Aku buka pintu kereta dan aku letakkan patung tersebut di kerusi penumpang.
"Nah! Aku pulangkan balik patung kau," aku ingin berpaling tetapi kedengaran suara Zuhairil memanggil namaku. Aku terpaku. Adakah aku salah dengar? Suaranya kedengaran sayu sekali. Aku berpaling dan memandang wajahnya dalam samar-samar. 
Malam ini terasa begitu dingin sekali. Sebentar tadi, baru saja hujan reda. Nampak suasana sekeliling pun bagai memahami perasaanku sekarang. Dingin!
Aku memandangnya, tajam.
"Apa lagi yang kau nak?"
"Boleh tak kalau kau tunggu sebentar? Aku...aku rasa kusut. Kusut kau tau tak?"
"Habis, kau rasa aku ni tak kusut?" Aku balas dengan berani.
"Kau tak tahu apa yang aku rasa sekarang. Apa yang kau buat kat aku, semuanya hanya pura-pura aje kan?" sambungku kembali.
"Tak! Aku...aku sayang gile kat kau. Kau tahu tak betapa aku sayang kat kau?"
"Kalau sayang, kau takkan minta balik patung tu," aku membalas katanya lagi. Entah bagaimana aku dapat keberanian seperti ini. Dulu, setiap kali dia berkata, aku akan diamkan saja dan tidak pula kali ini.
"Aku tak nak patung ni pun. Aku nak tengok kau buang sendiri." Berdetak jantungku saat dia berkata sebegitu. Buang? Bagaiman aku sanggup membuang barang yang ada kenangan darinya? Aku tak sanggup! Aku terlalu sayang padanya, begitu juga dengan patung tersebut.
"Okey! Kau nak sangat aku tengok aku buang, aku akan buang sekarang." 
Dengan langkah lemah, aku membawa patung beruang tersebut dan aku campak di tong sampah besar berdekatan.
"Minta maaf, Encik Bow. Aku terpaksa..."
Aku melangkah kembali mendekatinya. Sekarang, aku berdiri betul-betul pada pintu pemandu dan menghadap wajahnya. Dan tanpa kusangka, aku lihat matanya merah dan mengalir mutiiara jernih dari sepasang mata lelaki itu. Benar aku tergamam. Dia menangis!
"Sekarang, kau puas aku dah buang patung tu...puas?"
"Aku...aku akan tuntut janji dari kau. Aku takkan lepaskan kau sebab aku betul-betul sayang gile kat kau."
"Kau nak apa lagi, Ril? Antara kita dah tak ada apa-apa! Sekarang, kau balik ajelah."
"No! Aku tetap akan cari kau lepas ni. Aku akan cari kau sampai dapat. Dan aku akan jadikan kau isteri aku! Itu janji aku," Zuhairil masih tidak mahu mengalah.
"Okey, fine! Kalau ada jodoh antara kita, kau datanglah jumpa parent aku. Kau pinang aku dan kita kahwin!"
"Aku...aku akan pastikan kau milik aku!" suaranya perlahan tetapi penuh ketegasan. Dia menyeka air matanya dan keretanya berlalu pergi. Tatkala kereta Zuhairil menjauh, aku seperti terkejut akan kata-kata aku sendiri. Apa yang dah aku katakan tadi?
"KAU cakap kau nak mandi. Asal tenung aku macam kau berminat dengan aku ni? Dah angau dengan aku?" Aku tersentak saat Zuhairil menegurku sehingga hilang terus kenangan lalu di fikiranku.
Zuhairil mendekatkan wajahnya padaku. Aku jadi kaget. Dadaku bagai dipalu geruda.
"Dan sekarang, kau terimalah balasannya. Aku akan pastikan kau tahu akibatnya sebab mempermainkan perasaan aku."
Mempermainkan perasaan? Siapa yang mempermainkan perasaan siapa ni? Aku jadi hairan.
Aku kelu tanpa kata dan Zuhairil menjauh dariku. Dia berpaling dan ingin melangkah pergi. Aku menarik nafas lega, tetapi tidak lama apabila Zuhairil kembali menghadapku. Dia mendekatiku sekali lagi. Wajahnya ditunduk dan memandang wajahku dengan renungan yang sukar untuk aku tafsirkan.
"Oh,ya... Aku lupa nak beri hadiah perkahwinan kita," Aku mengerut dahi.
Cup!
Mataku terbuntang luas. Di..Dia..Dia...
Tanganku menggeletar dan terus melekap pada pipiku. Pipi aku dah jadi mangsa dia!
"Now the game has started!" ucapnya dengan senyuman penuh makna. 

21 June 2014

WA KENA BABE! ( prank frm boss )

Hari nie hari yg paling malang dalam hidup ku. Fon hilang ntah ke mana. Cer nya bgini,

Balik ja dari lunch, happy2 yg trsangat happy la pokoknya time tgahari td. Time tu fon memang suda lowbat gila ngok2 la suda. Sampai ja ofiz lpas lunch tu, direct la cas fon. cas atas meja ofiz ja dalam engineers room ne. then tiba2 datang sorang kawan ne, c ijat, mau menumpang cas fon jua. jadi dua fon la bcas atas meja ku. " jaga kan fon ku ar anne." padahnya arah ku. then dia kluar la buat krjanya .

Jam 3 tu, c ahlock (boss LA) mnyuruh datang ke rumahnya ada makan2 bbq. pg la kami ne ramai2. dua2 fon dibiarkan atas meja bcas. sambil2 makan tu main2 sama anak logistic, bikin geram joo badannya.. macam sumo. punya kiut.. makan punya makan, tiba2 c ijat kol tmpt technician kami c khaerul (aku kan x bawa fon) mncari aku. aku sambut la kol tu, dia tanya " ko bawa ka fon ku?"  aku jawab " behapa ku bawa fon mu sedangkan fon ku bcas atas meja tu jua". Truz la dia cakap hilang, dua2 tiada atas meja. aku pn nda pcaya, coz stahu ku slama ku biar2 fon atas meja ku tda pla isu hilang. ku mati2 ingat dia main2 sama aku pasal fon hilang sampai aku suruh ea bsumpah atas nama parents nya. hahah jahatnya aku. jam tu juga, aku terus bawa yg lain balik ofiz. 


Sampai ja ofiz, truz jumpa drg ijat, semua pun sibuk mncari fon kami yg hilang tu. sgala kekusutan keluar. sampai kol sana sini bertanya siapa paling last dalam engineer room. memang lucu la kalau ingat balik, macam2 d pkiran kluar. dgn aku lagi yg semua benda belum log out. seolah2 itu la nafas trakhir mu. mau mnangiz aku d buatnya.. slama sejam kami buntu. sgala cctv la mau d tgk, balik2 kol fon masing2 kena off suda. sah2 kna curi la bilangnya  trutamanya c ijat. hahahaha


Tiba2 boss datang masuk ofiz. kami bgtau la fon hilang. dengan selamba dia cakap " bagi aku semangkuk maggi dlu, aku tulung kamu cari pakai mangkuk" truz kami pn tmbah kusut. main2 lagi c boss ne. dengan selamba dia kluar dari ofiznya, d tangannya ada dua2 fon tu. fuhhh... Tuhan ja tau leganya kami dua time tu.. truz ea ktawa2 brabiz ne. aku pula yg mau mnangiz balik. hahah. truz dia cakap la " ani pengajaran buat kamu dua. Lain kali jangan ampai2 hp kalau bjalan biar skjp"


Awu la boss.. trima kasih suda buat kami " june fool" . lpas ne fon gantung leher ja la.. hahaha.. kusut la ari ne. ada lucu, ada jua bri mnangiz, bri marah macam2 la. syukur la nak. fuhhhh..

14 June 2014

Love Story ( Part 3 )

Part 3

Hujan rintik menjadi tatapan mata. Seluruh alam bersorak riang. Hujan tandanya rahmat dari-Nya. Tangan kanan yang kugenggam bersama payung, aku alihkan ke kiri. Aku tutup payung tersebut dan punggungku labuhkan di bangku. Aku berkalih menunduk melihat baju di tubuhku. Basah! Lambat-lambat, bibirku menguntum senyuman kecil.
'Hujan lagi?' detik hati kecil ini.
Aku mendongak ke langit pula. Mujur aku dapat berteduh di pondok kecil ini, kalau tidak mahu seluruh tubuhku basah kuyup. Badan pun dah terasa sejuk semacam dan...
Hachumm!!
"Alamak...tak lama lagi selsemalah ni. Macam mana nak balik?"
Aku ketuk kepala sendiri. Itulah padahnya kalau berdegil. Kan sendiri dah kena. Aku kutuk diri sendiri. Menyesal juga tak dengar cakap Bilah tadi. Orang dah offer nak tumpang, tapi aku tetap nak naik bas. Ni semua gara-gara 'Jae Suk'! Jae Suk gelaran bagi kereta vivaku sekarang terpaksa dihantar ke bengkel untuk servis. Sekarang, nilah jadinya. Degil!
"Erfina Alya, kenapalah kau ni degil sangat? Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Keras kepala betul! Sebab tulah..." ayatku terhenti seketika. Mataku mula merasa kabur.
Ya Allah, kenapa aku boleh teringat akan dia? Kenapa baru hari ini kenangan lalu sering menjengah mimpi-mimpi malamku? Ya Allah, cukuplah Erfina...Tak perlulah kau ingat pada si dia. 
Sudah 5 tahun berlalu, kenapa baru sekarang bayangannya hadir kembali? Sejurus itu, laju saja air mataku jatuh ke pipi. Sebak bila teringat pada dia yang kupanggil Zuhairil.
Aku seka air mata dengan segera. Keluhan terluah jua.
"Tak guna fikir pasal dia lagi. Dia dah lenyap dalam hidup aku," aku berjeda sendiri. Mataku terpaku pada seorang gadis yang berteduh di bawah pokok tidak jauh dari pondok ini. Kemudian, mataku beralih memandang seorang jejaka yang menghampiri gadis tadi bersama payung di tangan. Selepas itu, kedua-duanya meredah hujan bersama di bawah payung yang sama. Sekali lagi, kenangan bersama Zuhairil menerjah mindaku.
"LAMBATnya dia bersiap," ujar Zuhairil tatkala dia menghampiriku. Suasana masjid Putrajaya kelihatan tenang walaupun hujan lebat di luar. Mataku menangkap sekaki payung yang dibawanya. Sejurus itu, satu senyuman manis aku hadiahkan pada dia.
"Mana ada lambat. Biasa je,"
Sesudah bersolat sebentar di Masjid Putrajaya, kami merancang untuk kembali ke rumah.
"Jom... hujan dah makin lebat ni. Kita balik sekarang."
"Bawa satu payung je?" soalku sebelum kami melangkah pergi.
"Sayang, kat dalam kereta saya hanya ada satu payung je. Tak apa, kita share," Lalu kami berlalu ke parkir bersama-sama. Mujur ada payung, kalau tidak pasti kedua-duanya basah kuyup.
JATUH lagi mutiara jernih ini bila mengingat kembali adengan dulu. Kali ini, aku biarkan saja mutiara-mutiara putih itu menggelongsori pipiku.
"Apa khabar dia sekarang? Kenapa hati ini tiba-tiba rasa rindu pula pada dia?" Aku terpempan, lantas menekup mulut sendiri. Apa yang aku rasa sekarang? Rindu? Patut ke rasa rindu itu hadir tatkala hubungan tersebut sudah terputus lama? Aku melepaskan keluh berat sekali lagi.
"IBU tahu kamu tak suka. Tapi kamu dah janji yang kamu akan turutkan permintaan ibu kalau sudah kamu mencapai umur 28 tahun dan tidak punya sesiapa, kamu akan terima pilihan ibu," Ibu mengingati kembali kata janji yang pernah aku lafazkan dulu. Aku menunduk sahaja. Tangan pula tidak berhenti mengupas kulit bawang. Mata aku pun dah mula nak berair dan turunlah air mata tanpa paksaan.
"Kamu dengar tak kata ibu ni?"
"Dengar. Fin tahu apa yang Fin patut buat, bu. Kalau Fin dah janji, maksudnya Fin akan tunaikan janji tu. Janji tetap janji," 
Ibu mengangguk berpuas hati.
"Kalau macam tu, minggu depan ibu akan siapkan mana-mana keperluan untuk majlis tu."
"Ikut suka ibulah. Fin ikut je,"
"Kamu tak nak jumpa menantu pilihan ibu tu ke?" Tanganku berhenti mengupas. Dengan nafas berat, aku hembuskan perlahan. Aku menatap wajah ibu dengan mata yang kembali kabur. Empangan mataku kini pecah jua. Ibu memandang wajahku dengan selamba. Pasti saja di fikirannya, mataku menangis gara-gara bawang tadi. Namun hakikatnya, hati ini yang mula merintih enggan menerima perkahwinan yang ditetapkan ini walau sudah lama aku suarakan janji tersebut.
"Ibu, kalau umur Fin sampai 28 tahun dan Fin tak bersama dengan sesiapapun, Fin akan ikut kata ibu, kahwin dengan pilihan ibu. Fin janji!" Itulah kata yang pernah aku ungkapkan. Seringkali ibu bertanya tentang teman lelakiku. Namun, aku tetap keseorangan setelah memutuskan hubungan dengan Zuhairil. Ah! Nama itu lagi. Tak pernah padam pun nama itu dalam hati ini. Ya Allah, semoga aku tabah melalui dugaan ini.
Aku menggeleng lemah dan kembali mengupas bawang. Aku seka air mata dengan lengan baju.
"Tak perlulah ibu. Fin tak nak nanti, Fin berubah hati pula. Jadi, ibu siapkan saja semua persiapannya. Fin hanya akan duduk atas pelamin, dan tunggu saja akad nikahnya nanti. Masa tu barulah Fin tatap muka bakal menantu ibu tu." Aku letakkan bawang yang sudah siap dikupas dan aku bawa ke sinki untuk dicuci. Setelah itu, aku biarkan saja bawang-bawang tadi di atas meja dan kakiku laju melangkah masuk ke bilik. Aku menutup pintu bilik dengan perlahan dan tubuhku sandar pada daun pintu. Perlahan-lahan, tubuhku rebah duduk di lantai. Aku menyebam muka pada lutut dan menangis semahunya.
"PENGANTIN lelaki dah sampai!"
Aku tersentak tatkala suara itu menerjah cuping telingaku. Aku pandang sekeliling. Wajah-wajah saudara-maraku tampak begitu bahagia dan gembira. Tetapi, aku? Aku tilik wajah sendiri pada cermin. Mak andam pun berpuas hati dengan kerjanya.
"Cun! Macam artis korea! Cantik pengantin perempuan ni," Mak Zara memujiku.
Aku hanya mampu tersenyum kecil.
"Terima kasih Mak Zara," ucapku dengan ikhlas.
"Ni, Mak Zara nak tanya," soal Mak Zara sesudah siap mengemas alat-alat make-upnya.
"Fin memang tak pernah jumpa dengan pengantin lelaki ke?" Aku tertunduk mendengar persoalan Mak Zara. Lambat-lambat, aku menggeleng.
"Sebab tulah tak ada majlis bertunang. Terus menikahnya, ya?" Sekali lagi persoalan itu aku jawab tanpa bersuara. Aku mengangguk sahaja.
"Kalau macam tu, baguslah. Tak perlulah nak lambat-lambatkan benda yang elok. Kahwin terus! Lepas kahwin, barulah dapat berkenalan dengan suami. Masa tu, tak ada haram-haramnya dah. Boleh get set go!" Usik Mak Zara membuatkan bilik pengantin riuh sahaja.
"Fin, dah boleh keluar dah. Pengantin lelaki dah ada kat luar tu." 
Dadaku berdegup pantas. Lemah lutut ini tatkala ibu menjengah masuk ke kamarku.
'Aku dah nak jadi isteri orang lepas ni? Macam tak percaya je!'
Dengan langkah perlahan, aku menuju ke luar bilik dan duduk pada persinggahan yang disediakan. Menunggu saat diri ini bergelar isteri orang, benar-benar buat hati ini gementar. Lebih-lebih lagi, aku akan bernikah pada orang yang aku tak pernah jumpa dan kenal. Ya Allah! Betul ke apa yang aku buat ni? Sempat tak kalau aku lari dari sini?
"Fin, ibu harap Fin bahagia dengan pilihan ibu nak. Ibu tahu dialah yang terbaik untuk Fin. Sungguh!" Suara ibu kedengaran begitu sayup sekali. Entah dengar entahkan tidak. Aku biarkan suara ibu berlalu begitu saja. Wajahku pula kutunduk saja dari tadi.
"Sah? Sah!" 
Aku tersentak dan kepalaku panggung ke hadapan. Pantas sekali air mataku jatuh ke pipi dan mulutku melopong luas melihat wajah yang terpampang di depanku sekarang.
Gugup...memang aku tengah gugup. Seraut wajah itu kini kembali menghantuiku dan sekarang bukan jadi bayangan semata-mata.
Lelaki itu mendekatkan bibirnya pada telingaku. Dadaku bergetar hebat. Perasaanku bercelaru sekarang.
"Aku takkan pernah lepaskan kau begitu saja. Kau tahukan janji aku dulu?" Ujarnya sinis. Bibirnya menjauh dan dia menguntum senyuman penuh makna. Aku menelan liur. Kelat!
"Selamat menjadi pengantin buat Zuhairil Zainurdin, Puan Erfina Alya," Ucapnya bersama senyuman di bibir. Mataku terbuntang luas. Tidak kusangka, dialah lelaki yang dijodohkanoleh ibu untukku.

bersambung...

12 June 2014

Love Story ( Part 2 )

Part 2

Walau lama menanam benih cinta, tapi adakah hatikan sentiasa bahagia? Layanan mesra di awal perkenalan, membuahkan satu perasaan aneh yang hadir serta-merta. Betulkah ini cinta? Aku meragui hati sendiri. Tidak! Tak mungkin ini cinta sedangkan hatiku dulu pernah terluka kerana cinta. Malah, menyerahkan segala hati ini pada seorang lelaki yang belum tentu hak milikku. Aku perasan akan renungan lain daripada lain pada lirik matanya. Aku segan ditatap sebegitu. Tetapi, mengapa hati rasa bahagia? Aku buat-buat tak tahu.
Bila terasa diri ini diperhati sahaja, lantas, mataku melirik ke sebelah. Aku tergamam. Bibirnya sudah menguntum senyuman yang indah dari rupanya sebenar. Jejaka ini bukanlah pilihan hatiku. Rupa juga hanya biasa-biasa. Tetapi, pada raut mukanya, ada saja yang pasti terpikat kerana ada sesuatu yang istimewa pada dirinya. Sukar untu ditafsirkan. Sememangnya, ada saja gadis yang pasti jatuh cinta padanya.
Aku membalas kembali renungan matanya.
"Kenapa pandang aku macam tu?" Bibirnya masih tetap menguntum senyuman manis. Sedari itu, dia menunduk dan menggeleng. Tatkala kepalanya dipanggung menghadapku, sebaris senyuman terlayar di mataku.
Aku jadi terkedu tatkala jari telunjuknya menolak sedikit dahiku. Tiada hatiku merasakan marah, malah aku membiarkan saja dia berbuat sedemikian. Kenapa ya? Aku jadi malu. Tanganku menyentuh dahi yang sudah disentuhnya tadi. Ada perasaan hangat yang hadir di hati. Apa sebenarnya yang aku alami ini? Perasaan hangat, tenang bila bersama dengannya.
"Khusyuknya dia..." Itu saja bicaranya. Aku hanya mencebik dan kembali menatap skrin pangggung. Persoalan yang menerjah benak semakin mengasak hati.
Perkenalan kami baru saja dua bulan. Tetapi, entah mengapa aku seakan-akan berasa begitu rapat dengannya. Aku selesa berdamping dengannya.
Kami keluar dari panggung wayang dan mengikut sahaja langkah yang lain.
Teringat akan sentuhan pertama darinya pada dahiku. Aku jadi tak keruan. Bibir kaku bila ingin berkata. Tekak seolah-olah menyekat suara dari bersuara. Aku pandang dia, begitu juga dengan dia. Mata kami bertaut lama. Aku alih pandangan dan ternyata hari sudah gelap. Aku menilik jam di tangan. Jam sudah menandakan pukul 8.30 malam. Aku jadi serba salah.
Hati rasa ingin terus berlama di situ. Tetapi, keadaan yang tidak mengizinkan.
"Dah lewat dah ni. Aku kena balik ke rumah mak cik aku. Takut pula masuk rumah orang lewat sangat,"
Adab menumpang di rumah orang. Kenalah kita turuti. Tidak mahu menjadi beban si pemilik rumah, perasaan aku ketepikan dahulu.
"Kalau macam tu, kita baliklah. Kesian mak cik kau tunggu kau balik nanti," ujarnya seperti memahami kehendakku.
Aku renung wajahnya yang nampak telus itu. Sesungguhnya, hati ini kian memberontak ingin bersamanya lagi. Ah! Kenapa dengan hati aku ni?
Kami melangkah ingin ke parkir kereta. Sepanjang perjalanan, kami berborak kosong. Soal-menyoal tentang kisah hidup masing-masing. Ingin saling mengenali antara satu sama lain. Ada juga diselitkan gelak tawa yang hanya kami sahaja fahami. Sungguh selesa bersamanya. Kalau bisa, aku ingin membuat temu janji bersamanya sekali lagi. Temu janji? Adakah ini dikatakan temu janji? Atau cuma satu pertemuan yang diungkap bagi melepaskan stress setelah lama meluangkan sepenuh masa bersama buku-buku untuk menghadapi peperiksaan?
Jejak langkah kami seiring menuju ke tempat parkir. Aku jadi hairan. Setelah membayar tiket parkir, kami kembali melangkah ingin menuju ke kereta masing-masing. Langkah yang diatur jadi terhenti, begitu juga dengannya.
"Kau parking kat mana?" Soalku ingin tahu.
"Kau pula letak kereta kat mana?"
"Aras nilah," aku menjawab. Dia tersenyum.
"Samalah kita,"
Aku mengangguk dan membalas senyumannya. Sekembalinya melangkah, gerak kakinya masih lagi mengikutiku. Aku jadi hairan kembali.
"Kenapa kau ikut aku? Kau stalk aku ek?" Aku cuba bergurau dengannya.
"Eh! Entah-entah, kau yang stalk aku tak?"
Aku berhenti di tepi keretaku dan aku terkejut melihat si dia yang berdiri di sebuah kereta yang berdepan denganku. Itu kereta diakah?
"Tu...tu kereta kau ke?" Jariku menunjuk pada kereta kelisa yang berwarna kelabu itu.
"Iyelah... Kaukan pernah naik kereta aku sekali. Kau tak ingat ke?" Aku diam seketika. Ya. Benar aku pernah naik keretanya. Tetapi, tidakku ingat nombor plat kereta tersebut. Yang aku tahu cumalah kereta kelisa. Aku tunduk malu. Sememangnya, aku tidak peka dengan sekeliling apatah lagi mengenai nombor plat keretanya.
"Alah...aku pernah naik sekali je kot..." Aku cuba mempertahankan diri. Sebenarnya malu jugak bila ditegur sebegitu. Dia terasakah?
"Okeylah. Bawa kereta tu baik-baik tau. Dah sampai ke rumah mak cik kau, bagitahulah." Pesannya sebelum membolos diri ke dalam kereta. Aku mengangguk sahaja dan melambai ke arahnya.
Aku menghidupkan enjin dan juga penghawa dingin. Masih belum beredar dari situ. Dia juga masih ada di situ. Aku kembali melambai ke arahnya. Mengingati pesanannya tadi, aku jadi terharu. Pesanan dari seorang kawan sahaja. Tetapi, kenapa begitu membuat hatiku tersentuh?
Kereta kami berpisah dan masing-masing membawa haluan sendiri. Pertemuan yang diakhiri dengan perpisahan yang mengambil masa 3 bulan. Adakah perkenalan ini akan jadi lebih rapat selepas ini? Atau hanya terhenti dipertengahan sahaja? Entahlah...
LANGKAH kakiku lemah sukar untuk mendaki anak tangga lagi. Serasaku ingin rebah sahaja. Aku tunduk menekur lantai. Satu kenangan yang sukar untuk aku lupakan. Adakah aku akan membuat keputusan yang terbaik buatku nanti?
Benar orang kata, indahnya satu perkenalan tetapi sukarnya untuk kita kekalkan setelah tahu khabarnya. Dadaku bagai dipalu derita. Mengapa tidak aku kembali seperti dahulu dengannya? Kalaulah masa bisa diputarkan kembali. Aku mahu memulakannya semula. Persengketaan ini harus dihentikan. Satu keputusan harus ditemeteraikan. Demi kebaikan masing-masing.
"Aku...harus terus melangkah dan..." setitis air mata yang jatuh ke pipi, rasanya lagi mengerti akan duka yang kualami.
Indahnya kenangan lalu, dari terus mengalami satu kedukaan dinihari. Walau hati sukar untuk menerima, tetapi sesungguhnya aku tak ingin terluka dan terus terluka lagi.

19 March 2014

LONG DISTANCE RELATIONSHIP




Long distance relationship arent always ideal. In fact, theyre really tough. You spend 
countless of hours just talking through a phone or through a screen. You cant see the person when you want to or when you most need them. You cant hug, you cant hold hands, you cant kiss, you lost the intimacy in physical sense. But then, your relationship becomes based on each other and nothing else.

You learn to communicate,because a long-distance relationship without communication is nothing. You learn to trust, because you can’t always see or know everything the person is doing. You learn to sacrifice, because someone’s always going to lose a bit of sleep from the time difference.



And lastly, you learn to appreciate.


So often, we take for granted the people and relationships in our lives because we think they’ll always be there. But When you only have a limited amount of time with a person, you learn to appreciate and cherish every single moment you have with them.


When you finally see that person after weeks or months of seeing them only through a 
computer screen,   It is one of the greatest feelings in the world. When you’ve waited for something so long and you finally have it, you cherish it. The key to a long-distance relationship is faith.

If both of you are not willing to give up, If both of you are willing to stand up and still try after every time one of you or both of you fall.

“Distance isn’t for the fearful, it’s for the bold ".

It’s for those who are willing to spend a lot of time alone in exchange for the little time with 

the one they love.

It’s for knowing a good thing when they see it, even if they don’t see it nearly enough.”

03 February 2014

Love Story ( Part 1 )

Part 1

Aku mengetap bibir menahan geram bercampur marah, jua bersabar. Bibirnya pula tak berhenti-henti memaki-hamun padaku. Hanya semata-mata kerana satu perkara kecil, perbalahan antara kami tercetus. Jangankan berkira dengan perkara kecil, malah meleret-leret pula persengketaan antara kami. Tak putus-putus hatiku memberontak dan memendamkan saja segala kemarahan dalam hati."Awak ni dah besar panjang dah pun. Perkara yang kecik macam ni masih nak mengharapkan saya ke? Heh! Nonsense! Tu maksudnya awak ni terlalu dimanjakan sangat. Tak pernah merasa kesusahan sebelum ni. Sebab tu awak naik lemak!" Air mata hangat pantas mengalir laju ke pipi. Benar aku tersentap mendengar kata-katanya yang kurasakan seakan-akan mempersendakan diriku. Namun, hakikatnya aku hanya mahukan dia sentiasa berada di sampingku di kala aku susah. Tetapi mengapa setiap kali ada saja 'isu' terjadi antara kami, sukar bagi dirinya untuk berada di sisiku? Kenapa mesti aku menagih perhatian daripadanya barulah dia hadir? Tetapi kalau aku tidak berbuat demikian, adakah dia akan datang dengan sendiri? Persoalan-persoalan itulah yang sering aku ungkit darinya."Saya hanya nak awak ada bila saya susah," sekali lagi mutiara jernih itu bagai bersuka ria dan kerap pula jatuh tanpa paksaan. Ya Allah, kenapa begitu perit sekali melalui perhubungan seperti ini?Dia yang kusangkakan lelaki yang tercipta untukku, ternyata membuat hatiku ragu sama sekali. Betulkah pilihan aku ni? Atau adakah sebaliknya?"Kenapa awak masih tak faham-faham, ye? Saya dah cakap masa tu saya tak dapat bersama awak. Saya betul-betul tak dapat bersama awak. Bila saya kol, semua dah selesai. Jadi awak nak saya buat apa lagi? Benda dah selesai, dahlah!" Tengkingnya tanpa memikirkan perasaanku. Sampainya hati dia...Dulu, dialah lelaki yang bersungguh-sungguh menginginkanku. Sekarang, bila sudah dapat apa yang dikejar, senang-senang saja dia mempersiakan diriku. Benar-benar buat aku terasa hati. Perit sangat!Akhirnya kereta yang dipandu berhenti di depan flatku. Mulutnya masih lagi tidak berhenti memarahiku. Malah, dibiarkan saja air mataku menitis menjadi tatapan penghuni flat yang berada berdekatan dengan kami. Aku jadi malu berhadapan dengan mata-mata yang mencuri pandang ke arah kami. Walaupun berada di dalam kereta, namun sudah pasti sesiapa yang melihat apa yang terjadi antara kami tahu akan perkara sebenarnya. Pergaduhan antara pasangan kekasih menjadi tontonan umum. Ya Allah, aku diduga lagi."Awak tak pernah nak fikir pun pasal perasaan saya. Pasal keadaan saya. Awak memang selfish!" Aku tersentak sebaik mendengar tuduhannya. Aku berpaling ke sebelah. Luluh hatiku mendengar perkataan 'selfish' yang diungkapnya padaku. Mengapa sukar bagiku meraih kebahagiaan bersamanya? Seringkali sengketa yang terjadi antara kami."Kalau awak rasa awak tak dapat nak terima cara saya... Awak letakkan sim kad awak kat atas dashboard tu. Dan lepas tu, saya takkan ganggu awak lagi. Kita sampai sini saja!" Dadaku menjadi begitu sesak dan sebak. Setelah apa yang kami lalui bersama, senangnya dia berkata sebegitu kepadaku. Padahal, dia yang datang dulu kepadaku. Kenapa begitu senang pula dia mengakhiri perhubungan yang bermula dari usahanya dahulu?Aku menggeleng dan bersama gelengan itu, menitis lagi air mataku tanpa henti."Sa...saya tak nak putuskan awak, Zuhairil. Saya...saya cintakan awak. Saya sayangkan hubungan ni. Saya benar-benar menyesal dengan apa yang saya dah lakukan dahulu. Benar saya menyesal. Saya menyesal sebab saya dah pernah minta putus dengan awak dulu. Tetapi, disebabkan saya minta putus dulu tu, saya tak sangka boleh buat awak berubah macam ni sekali. Awak dah berubah, Ril. Saya tak nak kita putus. Tolonglah..." Aku menunduk sambil teresak-esak. Memang aku akui. Dulu, acap kali aku meminta hubungan kami putus. Tetapi, dia yang tidak mahu. Kerana dia benar-benar cintakan aku. Sekarang, giliran dia pula yang berkata demikian. Dek kelancangan mulutku dulu, Zuhairil berubah serta-merta. Layanan mesranya kian berkurang. Malah, gaya layanannya juga sudah berubah. Berubah dingin. Semua disebabkan mulut aku sendiri. Bodohnya aku!Zuhairil diam sahaja. Tiada langsung bual bicara antara kami. Yang kedengaran hanyalah esakan tangisanku."Dahlah...Apa yang saya cakap awak takkan boleh terima. Saya tegur sekalipun, awak tak nak dengar. Awak nak menang aje. Tulah sikap awak. Awak tahu tak padahnya kalau perempuan terlalu ego? Ada buruknya. Kalau lelaki yang ego, saya boleh faham lagi. Tetapi, kalau perempuan ego. Adalah yang buruk akan terjadi," aku mengetap bibir lagi. Dalam diam, hati yang tengah bersedih memberontak dalam diam. Aku dikatakan mahu menang sedangkan apa yang aku rasakan selama ini, hanya dia saja yang betul. Benar-benar buat aku bengang.Bibir tidak mampu berkata apa walau hati menggelegak. Namun, aku sabarkan saja hati dan membiarkan apa yang dia nak kata. Aku benar-benar penat!"Hari dah nak maghrib dah ni. Awak pergila naik atas. Ada benda lagi yang saya kena buat," suara Zuhairil mula mengendur. Mungkin dia juga sudah penat memarahiku. Aku yang diam dari tadi hanya akur. Sim kad masih ada bersamaku. Aku tidak mahu mengeluarkannya dari telefon bimbitku. Sim kad yang dia berikan kepadaku tidak mampu kuserahkan kembali kepada tuannya. Aku masih sayangkan perhubungan ini. Tetapi, mengapa hatiku berasa kosong sekarang?Aku membolos keluar dari kereta sebaik memberi salam. Pipi yang basah aku sekakan. Langkahku di atur tanpa mahu pandang belakang. Yang ada cuma sekeping hati yang sudah mula pudar rasa cintanya dan semakin lama semakin kosong.

Bersambung...

"Goodbye"



I can honestly say
You've been on my mind
Since I woke up today
I look at your photograph all the time
These memories come back to life
And I don't mind

I remember when we kissed
I still feel it on my lips
The time that you danced with me
With no music playing
I remember the simple things
I remember till I cry
But the one thing I wish I'd forget
The memory I wanna forget
Is goodbye

I woke up this morning
And played our song
And through my tears I sang along
I picked up the phone and then
Put it down
'cause I know I'm wasting my time
And I don't mind


Suddenly my cell phone's blowing up
With your ring tone
I hesitate but answer it anyway
You sound so alone
And I'm surprised to hear you say "Im sorry"


You remember the simple things
We talk till we cry
You said that your biggest regret
The one thing you wish I'd forget
Is saying goodbye