04 March 2012

"Aku Dan Dia Putus"

Babe...

“aku dan dia sudah putus…”

“kenapa babe?”


"aku sudah buat keputusan"


“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

“aku geram. dia tipu aku. lepas 5 bulan baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa sakit. terlalu sakit…”

“kenapa kau sakit. kan perasaan kau sudah buat keputusan”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku terus sayang dia. aku alpa.separuh mati aku terluka.

“lupakanlah. jangan bebankan hati fikiran diri kau dengan benda tu lepas ni…tidurlah lambat sudah ni…”
.

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

ada.senang ja..(senyum)

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Tuhan sayang aku. Dia xmau aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah beberapa bulan.
mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.
dan aku fikir-fikir balik, Tuhan bagi yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Tuhan.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Tuhan.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kazen aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendapatkan kebahagiaan aku balik.

“lelaki?cinta?”

“Masih banyak di luar sana"

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“Yap thanx God..aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung..

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku. Tuhan buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”


MANUSIA : 
BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain
 PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain 
BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

- The End -

01 March 2012

Cakap mak bapak blakang kira

Dulu-dulu waktu baru kahwin,
Tidak berenggang pegang-pegang tangan,
Sayang-sayang dibelai manja-manja
Kalau sudah lama bilang "bau ubat gusuk".

Dulu-dulu waktu belum kahwin,
Kalau jatuh sakit sayang-sayang,
Tapi sekarang anak kereta api,
Jatuh masuk parit "buduh padan muka."

Waduh-waduh manis masa bercinta,
rupa munyit di pandang macam bulan,
Bau kentut mulut diam-diam,
Tapi sekarang "sial kau kurang ajar."

Waduh-waduh manis masa bercinta,
Bapa larang kerana di bawah umur,
Tapi kalau suka sama suka,
Cakap mak bapak belakang kira.

p/s : best kn...haha lagu ba ne,,,lau kmu tau spa yg nyanyi ne, bah bguz la 2,, :p